berita

‘Tak Boleh Mengalah, Kalau Penat Rehat Sekejap’ – Ustaz Kazim

June 30th, 2022 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Pendakwah bebas terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias sebelum ini, mendedahkan beliau sudah menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dengan mendapatkan kerjasama dari Institut Penyelidikan Penyakit (IMR) berhubung penyakit misteri yang dialami.

Artikel Berkaitan: Disahkan Tidak Alami Jangkitan Kuman, ‘Sakit Misteri’ Ustaz Kazim Makin Pulih

Artikel Berkaitan : KKM, Pakar Perubatan Bantu Kenal Pasti Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Artikel Berkaitan : Ustaz Kazim Akui Sudah 6 Orang Datang Minta Maaf, Mereka Menangis Teresak-Esak

Bagaimanapun, laporan yang dikelurkan oleh IMR mendapati Ustaz Mohd Kazim tidak mengalami sebarang jangkitan kuman atau virus yang dijalankan terhadap sampel kulitnya.

Perkongsian foto cetus tanda tanya

Sekeping foto yang dikongsi Ustaz Mohd Kazim sebentar tadi di laman Facebook, mencuri perhatian ramai. Foto tersebut memaparkan pendakwah terkenal ini kelihatan seperti berada dalam keadaan kepenatan, duduk di atas katil. Dapat disaksikan juga kesan luka pada tangan dan kaki Ustaz Kazim.

Tak boleh mengalah, kalau penat, rehat sekejap lepas itu on balik.

Namun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pendakwah terkenal ini. Terdahulu, Ustaz Kazim berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu, menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka dan ada yang mendakwa ianya angkara sihir.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan wargamaya turut mendoakan supaya Ustaz Kazim Elias kembali sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

SKIP THIS AD ×