Seorang lelaki berstatus bapa ditahan polis di India kerana meracun dan membunuh anak kandung sendiri hanya kerana mangsa ketagih menonton ‘filem dewasa’ di telefon bimbitnya.
Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Bapa Tergamak Tekup 4 Anak Kecil Sampai Mati, Susun Atas Katil & Rakam Video
Bapa bunuh anak
Memetik laporan India Today, suspek yang dikenali sebagai Vijay Battu bertindak sedemikian kerana hilang sabar selepas kerap menerima aduan berhubung tingkah laku anaknya, Vishal di sekolah termasuk tidak memberi tumpuan kepada pelajaran. Bukan itu sahaja, suspek berang kerana anak lelakinya yang baru berusia 14 tahun itu ketagih menonton filem dewasa.
Susulan daripada itu, suspek nekad mengakhiri hayat anaknya dengan cara memberi racun. Suspek kemudian cuba menyembunyikan pembunuhan itu dengan menghumban mayat mangsa ke dalam longkang berhampiran rumah.
Pada 13 Januari, suspek dan isterinya membuat laporan mengenainya kehilangan anak mereka. Pihak polis kemudian menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat Vishal di dalam sebuah longkang.
Mayat dalam longkang
Hasil bedah siasat menemui natrium nitrat dan racun di dalam badan mangsa. Semasa soal siasat, polis mendapati terdapat percanggahan maklumat yang diberikan oleh Vijay dan pada 28 Januari, suspek membuat pengakuan kepada isterinya bahawa dia telah membunuh anak mereka.
Vijay mengaku telah membawa Vishal keluar menaiki basikal dan menawarkan minuman ringan yang dicampur dengan natrium nitrat. Selepas mangsa tidak sedarkan diri, dia membuang mayat tersebut ke dalam longkang.
Supek kini telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: India Today, News18