Minggu lalu OHBULAN! ada memaparkan kontroversi mengenai pelakon kacak, Zul Huzaimy yang dikatakan bercinta dengan isteri orang.
Artikel Berkaitan: Sudah Lebih 3 Tahun Bercerai, Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?
Walaupun sudah menjawab mengenai kontroversi tersebut di sebuah portal baru-baru ini, Zul masih enggan memberitahu status sebenar ‘kekasihnya’ itu.
Terbaru, kelibat Zul langsung tidak kelihatan di majlis pelancaran drama terbaru arahannya iaitu Perempuan Dalam Pasungan. Persoalannya, adakah Zul sengaja tidak hadir kerana enggan menjawab soalan wartawan berhubung kontroversi tersebut?
Antara barisan pelakon drama ‘Perempuan Dalam Pasungan’ arahan Zul Huzaimy
Pelik juga kami apabila pengarah drama sendiri tidak hadir kerana selain mengarah kami difahamkan Zul juga terbabit dalam penulisan skrip drama tersebut.
Namun, ketika disoal mengapa Zul tak datang ke majlis tersebut, penerbit dan juga pelakon utama drama itu, Dato’ Rafiena Ezanee Ramli berkata Zul kini sedang menjalani sebuah penggambaran.
Bagaimanapun, kami telah cuba menghubungi tuan badan sendiri untuk bertanya mengenai kontroversi tersebut dan Zul mengesahkan dia sedang ‘shooting’ ketika itu, namun, tak sempat kami bertanya mengenai kontroversi yang melanda, talian sudah pun terputus.
Tak kisahlah apa jua alasan, jangan kerana ingin mengelak kontroversi, karya sendiri tidak diberi perhatian. Apapun, jangan lupa saksikan ‘Perempuan Dalam Pasungan‘ pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 5 petang di Astro Prima dan Maya HD.
Untuk pengetahuan, drama ini turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Lia Natalia, Mubarak Majid dan Rosnah Mat Aris.