berita

[VIDEO] Mimi Lana Dapat Kek Brownies Daripada Syafiq Kyle Sempena Birthday – ‘Gigih Buatkan, Tak Sabar Nak Makan’

November 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana menyampaikan ucapan terima kasih kepada aktor Syafiq Kyle kerana mengirimkan kek brownies kepadanya.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Bertuah Dapat Rasa Brownies Syafiq Kyle, Simpan Tandatangan Belakang Telefon Sebab Teruja – ‘Sedap Sangat!’

Kek brownies sempena birthday

Mimi Lana

Kek tersebut dikirimkan kepada Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin bersempena ulang tahun kelahiran ke-28 aktres itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Mimi berkata dia tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh Syafiq.

Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum shooting jauh. Tak sabar nak makan.

Pelakon drama Cinta Jannah itu turut berkongsi sepotong video memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.

Sementara itu, aktor berusia 31 tahun itu sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pada kotak kek tersebut.

Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…

Baru-baru ini, hubungan Syafiq dan Mimi dikatakan sudah kembali baik selepas mereka dilihat keluar makan bersama.

Terdahulu, pengurus Mimi Lana yang dikenali sebagai Iman Tang menerusi satu mesej pesanan ringkas memaklumkan pasangan itu membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan mahupun kenyataan rasmi berhubung pembatalan majlis tersebut daripada kedua-dua pihak.

Syafiq bagaimanapun ketika ditemui pengamal media berkata dia enggan memberi sebarang komen dan memilih untuk terus mengunci mulut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×