berita

‘Tak Logik Kalau Kita Nak Hentam Pelakon Baru Sahaja’ – Mimi Lana

April 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai kemunculan ramai pelakon baharu dan instafamous di kaca televisyen sering menjadi perbualan ramai termasuk pelakon senior. Isu ini dilihat menjadi semakin diperkatakan apabila Izara Aishah mengeluarkan pendapat dan mempersoalkan stesen TV mengambil ramai influencer untuk membintangi drama.

Artikel berkaitan: Izara Aishah Pelik Kenapa Stesen TV Ambil Ramai Instafamous Jadi Pelakon

Terbaru, pelakon Mimi Lana turut menyuarakan pendapat mengenai isu disiplin pelakon baharu di set penggambaran berdasarkan pengalamannya selama bergelar seorang pelakon.

Pelakon baru, atau lama sama je

Mimi dilihat memuat naik status menyuarakan pendapatnya melalui akaun Twitter. Malah, dia mengatakan tingkah laku dan disiplin yang dapat membezakan setiap pelakon apabila di set penggambaran.

Mimi mengakui telah banyak menjalankan penggambaran melibatkan pelakon baru dan lama. Malah, dalam isu sedemikian, dia merasakan tidak adil sekiranya dalam hal ini hanya pelakon baru sahaja terkena tempias dan diperkatakan ramai.

Bukan tiket untuk datang lambat

Tambah Mimi lagi, dia turut menasihati mana-mana pelakon baru untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin apabila terlibat dengan projek drama mahupun filem. Mereka perlu bertanggungjawab dengan membaca dan memahami skrip yang telah diberikan.

Selain itu, difahamkan Mimi juga meninggalkan pesanan buat pelakon senior untuk tidak selalu datang lambat ke set penggambaran dan berlagak sebagai tiket gelaran ‘pelakon lama’.

Sumber: Mimi Lana

SKIP THIS AD ×