Penyanyi dan pelakon, Ziana Zain, memaklumkan dia tidak akan memisahkan anak-anaknya dengan bapa kandung mereka kerana tidak mahu anak-anaknya menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saya Buat Solat Taubat, Istikharah Hajat; Ziana Zain Buka Punca Penceraian Dengan Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Jodoh Bukan Keutamaan Sekarang Pintu Hati Ziana Zain Masih Lagi Terbuka
Hidup anak-anak ada keberkatan
Menurut Ziana Zain, 54, dia sama sekali tidak akan melarang anak-anaknya untuk meneruskan hubungan kekeluargaan dengan bapa kandung mereka. Baginya, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak yang derhaka.
Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak derhaka kepada ayah mereka dan juga saya.
Tambah ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, dia mahu anak-anaknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak. Katanya, dia sama sekali tidak akan marah jika anak-anaknya mengambil tugas menjaga bapa mereka apabila tiada siapa yang akan berbuat demikian.
Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka.
Dalam temu bual terbabit, Ziana dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan semua kisah pilu perjalanan rumah tangga dan anak-anaknya itu.
Untuk makluman, Ziana dan Armin telah disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga serta dikurniakan 4 orang anak.
Sumber: Media Hiburan