Nama pasangan selebriti Indonesia iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka sedang dilanda badai.
Artikel Berkaitan: Bawa Bayi 6 Bulan Naik Jetski & ATV, Ria Ricis Dikecam Bahayakan Anak Demi Konten
Artikel Berkaitan: Ria Ricis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Teuku Ryan Puji Kehebatan Isteri
Rumah tangga dilanda badai?
Perkara tersebut mula dihidu gara-gara Ricis memuat naik foto percutian bersama bayinya, Moana ke Singapura di Instagram. Ketiadaan suami di sisi sepanjang percutian tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan spekulasi bahawa rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah.
Menerusi foto yang dikongsikan, turut kelihatan Ricis tidak memakai sebarang cincin pada jarinya termasuklah cincin perkahwinan mereka. Selain itu, foto Ricis yang memperlihatkan matanya bengkak bersama kapsyen yang ditulis ‘yang faham komen di bawah’ seakan menguatkan lagi dakwaan berhubung rumah tangganya.
Tidak cukup dengan itu, netizen mendakwa Ryan juga sudah jarang berkongsi gambar bersama Ricis di media sosial sedangkan sebelum ini, mereka kerap memuat naik foto dan video mesra mereka di TikTok dan Instagram.
Sehingga kini, kedua-dua selebriti itu belum memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin yang sedang tular itu.
Sumber: Suara.com