Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak melabel pendatang baru dalam industri sebagai ‘diva’.
Artikel Berkaitan: ABPBH35: Bell Ngasri Raih 12 Juta Undi! Tewaskan Saingan Terdekat Anna Jobling & Khai Bahar
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Nabil Ahmad Geram Netizen Persoal Kemenangan Bell Ngasri – ‘Kenapa Kau Pertikaikan, Itu Rezeki Dia’
Beri peluang kepada mereka
Ketika ditemui OhBulan!, pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 35 itu berpendapat bahawa industri dan masyarakat perlu lebih bersifat terbuka kepada artis baru kerana mereka belum arif tentang selok-belok dunia seni.
“Diaorang ini pendatang baru manalah diaorang tahu kalau perangai itu tak betul ke jadi diva ke. Diaorang pun tak tahu yang jadi diva tu benda yang salah. Pasal bayaran pun
mereka tak tahu sangat.
“Jadi pada masa yang sama saya nak cakap tak payah la nak marah.
“Kadang-kadang ada yang cakap, artis-artis baru ni semua besar kepala. Mungkin dia sendiri tak tahu apa yang dia buat itu adalah salah.
Bell berkata demikian di sidang media drama Hikayat Pak Belalang yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon drama 16 Puasa ini juga tiada sebarang masalah jika berhadapan dengan situasi yang sama malah dia memilih untuk menerima sahaja akan sikap mereka yang baru setahun jagung itu.
“Kalau pendatang baru buat hal dekat saya, saya faham dia masih baru. Kalau dia orang lama buat perangai macam tu memang kena lah.
“Budak-budak baru ni lebih mudah dapat perhatian orang. Mungkin orang nampak dia bagus atau terlalu handsome.
Untuk info, drama yang berkisarkan tentang lagenda Nujum Pak Belalang itu juga turut dibintangi oleh Amy Mastura, Haziq, Datuk Jalaluddin Hassan, Usop Wilcha dan ramai lagi.