berita

ABPBH35: Bell Ngasri Raih 12 Juta Undi! Tewaskan Saingan Terdekat Anna Jobling & Khai Bahar

August 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bell Ngasri

Pelawak dan pelakon, Bell Ngasri berjaya memperoleh sebanyak 12,654,855 undi menerusi kategori Artis Komedi Popular sekali gus melayakkannya diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35), baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ABPBH35 Capai 5.6 Juta Tontonan TV

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Yak Yak Yeah’ Menang! Malaysia & TV3 Isytihar Bell Ngasri Bintang Paling Popular

12 juta undi

Bell Ngasri

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, penyertaan Bell pada edisi kali ini telah mencipta satu kelainan serta mencetuskan fenomena luar biasa.

ABP kali ini sangat berbeza kerana kemunculan Bell yang berjaya mencipta fenomena. Vibesnya sangat berbeza pada kali ini. Kehadiran Bell turut menjadi salah satu faktor kelainan bagi edisi kali ini.

Saya ingin umumkan jumlah undian bagi Bell adalah 12,654,855 undi bagi kategori Artis Komedi Popular, sekali gus melayakkan menang anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Dalam pada itu, Shamshul menjelaskan makanisme undian yang digunapakai pada tahun ini adalah berbeza berbanding edisi yang sebelum ini.

Pada kali ini makanisme yang digunakan dalam sistem undian agak berbeza berbanding tahun-tahun yang sudah. Pada tahun ini peminat hanya boleh melakukan undian sama ada secara percuma atau melalui langgan BH digital.

Jika sebelum ini, boleh melakukan gandaan undian dengan membeli barangan esklusif daripada penaja, jadi tahun ini tiada. Apa yang saya ingin tegaskan di sini, undian yang diperoleh Bell adalah ikhlas dan tulen.

Sementara itu, disoal siapakah pesaing terdekat Bell bagi merangkul trofi utama, Shamshul mendedahkan nama aktres Anna Jobling dan penyanyi Khai Bahar.

Pesaing terdekat adalah Anna Jobling dan Khai Bahar. Jarak undian sangat beza jauh.

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Instana Budaya pada 21 Jun lalu menyaksikan Bell diisytihar sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35. Selain memenangi kategori utama, Bell turut merangkul trofi Artis Komedi Popular.

Sementara itu, Bell turut dihadiahkan sebuah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd, pada Isnin.

SKIP THIS AD ×