Pelakon Datin Intan Najuwa akui canggung apabila orang ramai mula memanggilnya dengan gelaran Datin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Romantis Hadir KLFW, Ramai Puji Suami Intan Najuwa Nampak Muda – ‘Baby Face Muka Laki Dia’
Artikel Berkaitan: Memang Layak Intan Najuwa Dapat Hantaran Tinggi – ‘Bukan Biasa-Biasa, Beauty With Brain’
‘Panggil Intan saja’
Memetik Berita Harian, Intan berkata, meskipun sudah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berstatus Datuk, namun dirinya lebih selesa tidak dipanggil Datin.
Malah, jelas Intan, dia tidak kisah sekiranya orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut.
Intan sahaja, tak payah panggil Datin. Saya agak canggung bila orang sudah panggil saya Datin. Saya masih Intan seperti sebelum ini yang ramai kenal.
Saya fikir orang perlu kekal panggil Intan. Tak payah sapa Datin sebab tidak memberi apa-apa kelebihan kepada saya.
Saya okay kalau orang tidak sapa saya Datin. Saya tak kisah pun gelaran itu, panggil sahaja Intan.
Kawan-kawan pun, saya marah, apabila mereka sapa Datin, saya kata panggil sahaja Intan.
Sementara itu, Intan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga seminggu yang lalu berkata, dirinya masih menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai isteri.
Sebagai wanita berdikari sebelum ini, apa-apa keputusan saya buat sendiri. Tetapi sekarang saya perlu minta izin suami, kadang-kadang saya lupa perkara itu.
Ibu ingatkan saya sudah bersuami. Jadi, apa-apa kena minta izin suami.
Jumaat lalu, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Azraf dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor.
Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana)