berita

Tak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara Mudah Mohon i- Lestari KWSP Secara Online

April 14th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan akaun KWSP Akaun 2. Rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk memohon pengeluaran akaun 2 ini atau lebih dikenali sebagai i-Lestari KWSP.

Namun begitu, proses sebelum ini agak rumit kerana memerlukan pemohon untuk mengisi borang dan menyediakan beberapa dokumen sebelum menghantar e-mel ataupun pos. Kini, pihak KWSP telah mengambil inisiatif untuk memudahkan dengan melancarkan sistem baru bagi permohonan online i-Lestari.

Ruang paparan lebih mesra pengguna

Ruang paparan utama web KWSP i-Lestari kelihatan begitu tersusun dan mudah untuk di fahami. Pengguna yang baru sahaja ingin memohon boleh memilih ruang permohonan baru manakala pemohon yang sedia ada boleh melakukan semakan status permohonan mereka. Panduan infografik pengguna turut disertakan bagi memudahkan orang ramai memahami proses permohonan ini.

9 langkah mudah untuk memohon

Terdapat 9 langkah mudah untuk seseorang pemohon itu lakukan bagi mendaftar permohonan i-Lestari. Pengguna yang tiada i-Akaun turut boleh memohon. Cara-cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih PERMOHONAN BARU.

.3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod

4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM).

5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif.

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon.

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.

Cara semakan status permohonan

Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini, terdapat 3 langkah mudah untuk menyemak status pemohonan. Perlu diberi peringatan bahawa semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh dua hari selepas permohonan.

1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN.

2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.

3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ilestari.kwsp.gov.my

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×