Minuman bubble tea menjadi kegilaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga membuat kiosk mneghidangkan minuman sebegini menjadi tumpuan orang ramai. Dari korang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan minuman dek kerana terpaksa beratur panjang, lebih baik korang cuba resepi ini.
Resepi dari Facebook Su Abdullah menunjukkan cara mudah bagaimana untuk membuat bubble pearl di rumah. Cara yang mudah, dijamin bersih serta sangat menjimatkan masa ini membolehkan korang untuk menikmati bubble pearl setiap hari.
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk didapati:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung ubi
- secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- sedikit pewarna hitam
Cara yang sungguh mudah
Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan. Cubit dan uli adunan tadi menjadi bentuk bulat kecil-kecil sehingga siap semua.
Rebus dengan air gula
Rebus dengan air gula sampai masak (paling sedap guna gula melaka).
Siap untuk dihidang
Akhirnya siap dan boleh dinikmati dengan apa jual minuman. Lagi-lagi dengan minuman sejuk.
Sumber: Su Abdullah