Hantaran pelakon Mimi Lana di Instagram tentang isu orang ketiga di dalam perhubungan telah mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bolehkah ‘Penyondol’ Disaman? Ini Penjelasan Peguam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’
Pendapat Mimi
Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin berpendapat, wanita yang digelar ‘penyondol’ tidak perlu memiliki fizikal yang menawan. Sebaliknya, hanya memerlukan lelaki yang tidak tahu bersyukur.
Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus dan putih.
Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri.
Pada hantaran yang sama, aktres berusia 29 tahun itu juga menggunakan lagu Pudar yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Datuk Rossa sebagai audio latar fotonya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon filem The Expert itu.
Ya, betul selalu penyondol lagi hodoh berbanding isteri.
Kapsyen dia mendalam puas hati.
Pemerhatian saya, penyondol ni suka lelaki atau suami yang tak reti bersyukur dengan pasangannya, tak kira yang kaya atau pun tidak.
Difahamkan drama terbaharu Mimi iaitu Andai Tiada Dia sedang tayangkan dan dia juga membawa watak seorang ‘penyondol’.
Sumber: IG Mimi Lana