berita

Tak Perlu Jauh-Jauh, Kami Temui 6 Lokasi Nyaman Di Janda Baik Untuk Bercuti Hujung Tahun Ini

November 4th, 2015 | by Wan
Travelogue

janda baik

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bulan November yakni bulan terakhir dalam kalendar persekolahan. Memang seronok lah budak-budah sekolah kalau dapat cuti.

Malah ada yang sudah membuat perancangan awal bagi memanfaatkan cuti persekolah dengan pelbagai aktiviti menarik. Ada yang mahu pulang ke kampung, mengikuti kem motivasi dan sebagainya.

Tak lupa juga pada ibu bapa yang sedang berkira-kira mahu menghabiskan cuti tahunan. Jadi dah ada plan nak bawa anak-anak bercuti ke mana? Ini kami kongsikan beberapa tempat percutian menarik di Janda Baik. Dekat je!

Danau Daun Chalet

daun3

Janda Baik sememangnya terkenal dengan kawasan persekitaran yang sangat nyaman dan tenang kerana lokasinya yang terletak berhampiran kaki bukit.

Boleh dikatakan Danau Daun Chalets ini antara kawasan penginapan terbaik di sini kerana persekitaran dan keunikan rumahnya. Siap ada private pool lagi dalam rumah tapi tak semua lah.

daun1

Website : Danau Daun Chalets

Contact :6017 871 3509

Suria Hills Country House

Screen Shot 2015-11-04 at 2.12.10 AM

Rasanya tak rugi jika bawa keluarga dan anak-anak ke sini. Bukan sahaja kawasan yang tenang malah ada juga sungai dari air terjun berdekatan.

Pendek kata-kata anak-anak pasti suka ditambah pula dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan pihak resort.

Screen Shot 2015-11-04 at 2.16.11 AM

Website : Suria Resort

Contact : 603 7806 4752

Le Manah Retreat

lem

Atau korang boleh juga bercuti di Le Manah Retreat ni. Memang sesuai buat yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

lem2

Website : Le Manah Retreat

Contact :60 19-321 8877

Teratak Malaya

malaya5

Teratak Malaya ini dah lama di buka namun tidak diketahui ramai walaupun mempunyai kawasan persekitaran yang sangat cantik.

malaya7

Website : Teratak Malaya

Contact :019-6888240, 013-2262030

D’ark Resort 

ark6

 

Kebanyakan resort di Janda Baik ini dibangunkan berhampiran sungai jadi tak hairanlah sering dikunjungi ramai.

Kira termasuk dalam pakej la sungai tu. Janda Baik, memang ‘Baek’!

ark2

Website : D’Ark Resort

Contact :09-2330031

Hawa Resort

hawa1

hawa2

Website : Hawa Resort

Contact : 03 – 7710 6717, 03 – 7710 6718

So macam mana? Ada yang berkenan di hati?

SKIP THIS AD ×