berita

Tak Perlu Keluar, Cuma Tonton Di TV! Jom Heboh Di Rumah Bakal Meriahkan Hujung Minggu Anda

August 26th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Karnival Jom Heboh yang mula dianjurkan sejak 2003 oleh Media Prima sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi karnival yang dianjurkan ini, orang ramai khususnya penonton setia saluran televisyen Media Prima dapat beramah mesra bersama selebriti tempatan, menonton konsert secara langsung dan membeli belah di gerai jualan yang disediakan.

Pendek kata, memang havoc habis! Selepas kali terakhir penganjuran di Melaka pada November tahun lalu, Jom Heboh bakal kembali lagi pada tahun ini namun diberi nafas baru iaitu Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery (JHDR). Korang tak perlu keluar rumah dan bersesak-sesak di tengah panas lagi sebab pelbagai rancangan menarik bakal gamatkan hujung minggu korang. Just stay at home!

Rancangan menarik, tawaran hebat

Bakal berlangsung selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos 2020, JHDR akan ditayangkan di saluran TV9 seawal 9.20 pagi pada Sabtu. Kemuncak karnival ialah pada sambutan menanti detik 12 tengah malam Hari Kebangsaan yang bakal tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Sepanjang dua hari karnival nanti, korang semua berpeluang mempelajari resepi baru, tips deko dan membeli belah secara atas talian di CJWOWSHOP.

Bagi korang yang gemar bergaya dan tampil cantik, pelbagai tips menarik serta tutorial penggayaan fesyen terkini daripada selebriti tempatan akan dikongsikan. Dapatkan telefon bimbit, jam pintar, komputer riba dan banyak lagi barangan berjenama Huawei dengan harga istimewa secara atas talian.

Barisan artis popular

Apalah ertinya Jom Heboh tanpa kehadiran artis popular dan personaliti TV! JHDR bakal membariskan selebriti popular seperti Hael Husaini, Naim Daniel, Black, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Syamel, Wany Hasrita, Zynakal dan ramai lagi. Sementara itu personaliti tv popular Hawa Rizwana, Fiza Sabjahan dan Haziq Hussni bakal mengacara beberapa program di JHDR.

Selain dapat menyaksikan persembahan daripada artis terkenal tanah air, penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, Proton X70, wang & baucar tunai Mcdonalds, jam tangan Huawei, baucar bernilai RM 10,000 dari CJ Wow Shop, tiket masuk Desaru Coast Waterpark, mata ganjaran Bigpoint AirAsia dan banyak lagi!

Main game di rumah

Buat kaki game, JHDR tak lupakan korang! ‘Otai’ permainan atas talian seperti Muna Shahira (munaXmoci) bakal mempamerkan aksi pada hari karnival nanti. Penonton di rumah pun boleh sertai juga tau! Dapatkan kata laluan untuk jadi 100 orang pertama yang menyertai pertandingan itu nanti.

Jangan lupa hujung minggu ini ya? Korang cuma perlu duduk di rumah dan nikmati rancangan menarik sepanjang Jom Heboh. Para selebriti juga akan melelong barangan koleksi peribadi mereka dan jualan akan disumbangkan kepada Tabung Pahlawan.

Jangan lupa hujung minggu nanti ya? Jom Heboh Di Rumah je guys!

SKIP THIS AD ×