berita

‘Tak Perlu Putuskan Silaturrahim’ – Ogy Minta Henti Sensasikan ‘Kisah’ Hutang Teater

July 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Umum maklum, pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud sebelum ini terpalit dengan isu tunggakan bayaran kepada pelakon dan krew menerusi satu produksi teater yang diterbitkannya. Walaupun dibelenggu dengan masalah itu, dia masih dilihat menjalin hubungan baik dengan pelakon-pelakon tersebut termasuk Khir Rahman.

Kami sangat professional

Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra di panggil Kak Ogy menerusi posting di laman Instagram memuatnaik video bersama Khir Rahman. Video tersebut dipercayai diambil ketika di set penggambaran sebuah drama.

Kami sangat professional. Tak perlu nak putuskan silaturahim. Kerana saya berhutang dengan beliau. Saya bukan manusia yang sebegitu ya… Kami berlakon bersama kerana sudah tertulis ini rezeki kami berdua. Apa yang saya lalui itu bahagian saya. Jadi, wartawan-wartawan online ni tak perlulah nak mensensasikan pasal hutang. Saya dengan beliau.

Tak perlu nak maklumkan pada wartawan

Ogy juga meminta agar tiada pihak yang cuba mensensasikan isu hutang yang melibatkan antara mereka berdua sebelum ini. Buat ketika ini, pelakon Ali Setan itu menjelaskan bahawa dalam usaha mencari dana bagi melunaskan kesemua baki bayaran kepada kru produksi dan pelakon terlibat.

Saya bayar pun saya tak perlu nak maklumkan pada wartawan. Saya dan Khir mind set kami tak seperti “MEREKA” yang harus terus-terusan. Nak berdendam, bermusuh. Kalau wartawan-wartawan online ataupun ada diantara anda yang dok menghentam saya, nak tolong bayarkan kan bagus.

Sumber: Fauziah Ahmad Daud

SKIP THIS AD ×