berita

‘Tak Pernah Ada Masa Sebanyak Ni..’ – PKP Ubah Kehidupan Nabila Huda Jadi Lebih Baik

July 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Nabila Huda meluahkan perasaannya berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Menurut Nabila Huda, sepanjang tempoh dua tahun ini, dia berasa stress, tidak bebas, hidup dalam ketakutan, kehilangan, kekurangan dan mengalami pelbagai perasaan yang lain terutama apabila disahkan positif Covid-19 pada bulan yang lalu.

Artikel berkaitan: ‘I Gemuk, Tapi I Ada Segalanya, You Ada Apa? – Nabila Huda Berang Kena ‘Body Shaming’ Siap Beri Warning Lagi!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat-Buat Marah Sampai Menangis, ‘Prank’ Birthday Anak Nabila Huda Menjadi

Banyak menghabiskan masa bersama keluarga

Namun begitu, pelakon filem ‘Munafik’ ini tetap bersyukur kerana pelaksanaan PKP di Malaysia sedikit sebanyak mengubah cara hidupnya ke arah yang lebih baik. Jelas Nabila, tingkah laku dan gaya hidupnya merupakan perubahan yang paling drastik sepanjang dua tahun ini. Tambahnya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.

Saya masak setiap hari untuk keluarga. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Saya mulakan hari dengan gelak ketawa. Kami bersembang dan berkongsi pelbagai cerita. Adakalanya, kami berborak mengenai kehidupan dunia dan isu semasa. Pukul 10 malam kami semua masuk bilik dan menonton movie. Setiap hari. Saya tak pernah ada masa sebanyak ini bersama keluarga sepanjang saya jadi seorang pelakon.

Gaya hidup dan sikap berubah mendadak. Dah tak ada panjang akal nak lepak sampai lewat malam. Saya dah pandai kemas rumah, vacuum, mop, basuh baju, sidai kain dan bangun tidur terus kemas katil. Ini kekurangan Abil sebab saya boleh masak cuma, tak pandai buat kerja rumah dan bertukang. Tapi semuanya dah berubah.

Ujar Nabila lagi, kegembiraan bersama keluarga merupakan momen terindah namun, ada kalanya dia berasa tertekan kerana tidak boleh bebas seperti dahulu. Sebagai manusia, Nabila berusaha untuk gembira dan ketawa walaupun perniagaannya tidak berjalan dengan baik. Setakat ini, makan, minum masih cukup dibayar ujarnya.

Dah mengaji dan belajar kitab

Abil dah mengaji dan belajar kitab setiap hari dengan Keisha dan kawan-kawan baik saya. Saya sendiri tidak terfikir pun sebelum ini. Saya dah dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tak cukup lima waktu. Tapi i masih lagi berusaha.

Di samping itu, Nabila Huda turut memberitahu bahawa dia sedang berusaha untuk menunaikan solat lima waktu sehari. Selain itu, dia juga sudah mula belajar mengaji dan membaca kitab setiap hari. Di akhir perkongsian tersebut, Nabila mendoakan supaya semua individu dijauhi daripada kesusahan.

Kita semua kena sentiasa positif. Kalau ada rasa benda yang negatif, tolong jauhkan diri anda. Percayalah, Allah takkan bagi kita ujian sampai kita tak boleh nak tangani. Kena sentiasa bersabar okay. Saya faham saya tak duduk di situasi anda semua. Tapi, perjalanan saya ini boleh bagi inspirasi dekat anda semua. Saya sayang kamu semua.

Sumber: Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×