Sebelum ini, nama penyanyi nasyid, Nissa Sabyan menjadi bualan hangat netizen di Indonesia apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pemain keyboard kumpulannya, Ayus.
Artikel berkaitan:‘Kok Kamu Jahat Banget!’ – Nissa Sabyan Dituduh Bercinta Dengan Suami Orang
Artikel berkaitan: Ya, Benar Abang Saya Berselingkuh Dengan Nissa Sabyan’ – Adik Ayus
Terbaru, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz telah sah bercerai dengan isterinya iaitu Ririe Fairus.
Terima keputusan
Menerusi laporan Detik Hot, Ayus dipercayai tidak menghadiri keputusan prosiding perceraian mereka. Namun, Ririe pula kelihatan hadir di Mahkamah Agama Jakarta Utara bagi menyelesaikan prosiding tersebut. Menurut Ririe, dia redha di atas perceraian yang berlaku. Tambahnya, dia sendiri yang membuat permohonan untuk bercerai selepas sudah tidak tahan melihat kemesraan di antara Ayus dan Nissa.
Saya terima keputusan ini sebaiknya. Walaupun sudah bercerai semalam, Ayus boleh datang untuk berjumpa dengan anak-anak kami. Mengenai kenapa dia tidak hadir, saya juga tidak pasti sebab kami tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Apapun saya bersyukur kerana proses perceraian sudah selesai.
Mengulas lebih lanjut, Ririe memberitahu bahawa menyandang status janda tentunya bukan hal yang mudah buatnya. Namun begitu, dia memohon yang terbaik daripada Allah supaya dapat menjalani kehidupan yang baru. Mengenai nafkah, Ayus dipercayai bakal memberikan nafkah kepada anak-anak mengikut kemampuannya. Ini kerana, mereka berpisah secara baik.
Sudah tahu lama
Terdahulu, adik kandung kepada Ayus turut memberitahu bahawa dia mengetahui mengenai hubungan yang terjalin antara abangnya bersama vokalis kumpulan Sabyan Gambus itu. Bukan itu sahaja, kakak iparnya juga turut mengetahui hal tersebut namun, enggan mendedahkan kepada umum kerana tidak mahu isu rumah tangga mereka dibesar-besarkan.
Sumber: Detik Hot