berita

Tanam Pokok Tepi Sungai Selepas Anak Meninggal, Netizen Sebak Baca Kisah Viral Pak Cik Ini

September 21st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Tular baru-baru ini di aplikasi X, mengenai kisah seorang pak cik yang menjaga sungai di kawasan Taman Tun.

Artikel Berkaitan: Datuk & Cucu Ditemui Lemas Dalam Kolam

Artikel Berkaitan: Lelaki Dibunuh & Dicampak Dalam Sungai

Tanam pokok tepi sungai

Menerusi hantaran di aplikasi X, pak cik itu mula menanam pokok di tepi sungai kawasan Taman Tun selepas anaknya meninggal dunia. Antara tanaman yang ditanam di kawasan tersebut ialah orked dan buah-buahan. Bukan itu sahaja, warga emas berkenaan turut meletakkan ikan tilapia di sungai itu.

Namun begitu, pak cik tersebut meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu menjala di kawasan itu.

Dekat Taman Tun, ada satu pakcik ni. Lepas anak dia meninggal, dia mula tanam pokok, tepi-tepi sungai kecil kawasan Taman Tun. Dia tanam macam-macam orked, buah- buah, sungai dia letak tilapia. Baru ni, ada orang pergi menjala kat situ, boleh kata kerap dia menjala. Menangis pakcik tu rakam.

Tambah pak cik itu lagi, pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana tanah tersebut bukan miliknya.

Laporan polis berapa kali pun tak boleh buat apa, sebab polis kata bukan tanah pak cik tu.

‘Tak sanggup tengok video pak cik tu’

Rata-rata netizen turut meluahakan rasa kasihan terhadap pak cik itu. Malah ada yang tidak sanggup melihat dan mendengar rakaman video tersebut.

Sumber:

SKIP THIS AD ×