berita

‘Tapi Kita? Kena Hadap..’ – Fathia Latiff Kecewa Harga Minyak Semakin Naik, Bebankan Rakyat

November 16th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Fathia Latiff dikatakan cuba ‘mempolitikkan’ kejadian banjir di utara apabila mengaitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Gara-gara tindakannya itu, dia menerima kecaman hebat daripada netizen yang melabel pelakon itu sebagai ‘artis tidak membantu’.

Artikel berkaitan: ‘Rakyat Malaysia Agak Sensitif’ – Dikecam Politikkan Banjir Pulau Pinang, Fathia Latiff Mohon Maaf

Semalam, pelakon yang mula dikenali melalui drama ‘Hani’ itu sekali lagi dilihat ‘menyeru’ perdana menteri untuk melakukan sesuatu terhadap isu kenaikan harga minyak yang dilaporkan petang semalam. Harga baru bahan api akan berkuatkuasa hari ini dengan kenaikan sebanyak enam sen/liter bagi RON 97, tujuh sen/liter bagi RON 95 dan lima sen bagi diesel.

Kesian rakyat…do something!

Melalui perkongsian Fathia di Twitter rasminya, pelakon itu tampil menyuarakan rasa kecewa terhadap harga minyak yang kian meningkat sehingga membebankan rakyat. Jika dibaca tweetnya, Fathia seolah antara yang terkesan dengan berita itu.

Dalam pada itu, warga netizen yang membaca perkongsiannya rata-rata mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap tweet tersebut berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini dia dikecam hebat, kali ini ramai pula yang menyokong.

Netizen ubah pandangan, sokong Fathia

Malah, Fathia seolah mendapat sokongan Syed Saddiq apabila beliau dilihat mengicau semula (retweet) tweet berkenaan.

Syed Saddiq sokong?

Memang semput kalau minyak semakin naik ni. Kalau gaji pun naik takpela.

Sumber: Twitter Fathia Latiff, Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×