berita

Tawaran Vida Untuk Bayar Balik Harga Ikan Siakap ‘Kayangan’ Ditolak, Mangsa Minta Salurkan Kepada Peniaga Kecil

November 8th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sejak beberapa hari ini tular isu ikan siakap ‘kayangan’ yang harganya mencecah ribuan ringgit bagi hidangan seekor yang berlaku di Pulau Langkawi.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196

Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196 Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran

Artikel Berkaitan: Pelanggan Siakap Langkawi Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Restoran Tak Jujur – ‘Tiada Makluman Langsung Tentang Berat Ikan’

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida yang kini sedang bercuti di pulau peranginan itu mencuri perhatian ramai selepas menawarkan diri untuk membayar semula wang kepada pelanggan terlibat.

Belanja makan ikan siakap

Menurut Vida, 50, berkata dia terpanggil untuk ‘belanja’ wanita yang didakwa menjadi mangsa penipuan kerana simpati dengan nasib yang terpaksa mengeluarkan jumlah yang banyak untuk seekor ikan.

Kata pemilik nama Hasmizah Othman, wang yang digantikan itu boleh digunakan mangsa untuk kegunaan lain.

Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Kebetulan saya masih bercuti di Langkawi, saya rasa terpanggil untuk belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

Kiranya saya belanjalah makan ikan siakap itu dan nak bayar balik kepada wanita itu. Bolehlah dia dapat duit tersebut semula bagi kegunaan hal lain.

Tolak tawaran dengan baik

Selepas diwar-warkan, wanita yang dikenali dengan nama Niena tampil menerusi siaran langsung di Instagram bersama Vida.

Enggan menerima tawaran tersebut, wanita tersebut menyatakan dia tidak berniat untuk menularkan kisah itu tetapi sekadar peringatan kepada pelanggan lain agar lebih berhati-hati.

Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi alhamdulillah rezeki kami masih ada. Kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.

Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini.

Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

Sumber: Instagram @datoserivida, TikTok @mitchsaidin

SKIP THIS AD ×