berita

Tayang Bendera Malaysia ‘Cacat’ Tak Cukup Bucu & Jalur, Persatuan Bola Keranjang Mohon Maaf

November 26th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Ogos lalu isu bendera Malaysia yang dikatakan sengaja dipasang terbalik viral di laman sosial. Tindakan itu dikecam kerana seolah mempermainkan simbol negara sehingga premis yang menggantung bendera sedemikian diminta memberi surat tunjuk sebab.

Kejohanan bola keranjang Malaysia Basketball Association (MABA) semalam menjadi bualan apabila ada sesuatu tidak kena dipaparkan di skrin dewan.

Tak cukup bucu, jalur

Dalam foto yang viral di laman sosial itu, bendera Malaysia yang terpapar pada skrin kelihatan ‘berbeza’ kerana hanya mempunyai 5 bucu dan bukan 14 bucu mewakili negeri-negeri dalam negara ini. Malahan, apabila diteliti, hanya 11 jalur yang ada yang sepatutnya juga 14 jalur berselang-seli merah dan putih.

Video turut viral

Gesa diambil tindakan

Sudah mohon maaf

Penganjur MABA dalam kenyataannya di Facebook semalam sudah membuat permohonan maaf. Menurut penganjur, mereka telah tersilap menyiarkan bendera Malaysia yang salah pada skrin stadium. Mereka mengakui kesilapan tersebut dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan tindakan tersebut.

Sumber: Azral bin Azlee, MABA, 999 Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×