berita

Teater Projek Kahwin : Kilafairy Ditawar Ganti Tempat Hanez Suraya

March 31st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Melodi-Raya-57-630x420

Sekitar minggu lepas, timbul ura-ura mengatakan Hanez Suraya mahu menarik diri dari mejayakan teater Projek Kahwin terbitan syarikat Mask Team berikutan kontroversinya yang masih hangat diperkatakan.

Biarpun Shawn Amer selaku penerbit tidak menafikan perkara itu, namun setakat ini pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada Hanez.

Artikel berkaitan:

Namun begitu menerusi portal mStar Online, pelakon yang sedang meningkat naik, Kilafairy dikatakan antara aktres yang disenarai pendek untuk menggantikan tempat Hanez.

PC hanez suraya-35

Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi. Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.

Menurut Shawn, pihak produksi akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat Hanez meskipun aktres itu tidak pernah menimbulkan masalah kepada rakan sekerja.

Untuk pengetahuan anda, teater yang turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Izzue Islam, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz akan mula dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya.

SKIP THIS AD ×