berita

Teguran Majlis Agama Islam Johor Untuk Artis Berhijab Tapi Berpakaian Ketat

June 16th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

hijrah

Sejak kebelakangan ini ramai artis wanita mengambil keputusan untuk nekad berhijab sepenuhnya antaranya Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Sebagai seorang ‘public figure’, penghijrahan mereka ini mendapat respon positif daripada netizen yang sememangnya sudah lama mendoakan artis kesayangan mereka.

Namun beberapa kontroversi mengenai pemakaian artis yang berhijab ini mendapat perhatian Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut. Berikut 3 garis panduan yang disarankan oleh beliau.

Tutup Aurat, Tak Ketat, Tak Jarang

nooh

Menurut Nooh, tiga garis panduan tersebut seharusnya dipraktikkan oleh mana-mana selebriti yang mula berhijab agar ianya tidak menimbulkan ghairah kepada orang ramai.

Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat

Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja

Beri Masa Kepada Mereka

Screen Shot 2015-06-16 at 11.08.26 AM

Tambah Nooh lagi, bukan mudah untuk seseorang melakukan perubahan. Jadi sokongan wajar diberikan buat mereka terutamanya selebriti yang sememangnya sering menjadi perhatian ramai.

Kita juga harus melihat bukan senang untuk seseorang melakukan sesuatu perubahan dan beri masa kepada mereka berubah secara berperingkat kerana rahmat Allah amat besar kepada orang yang telah berubah

Saya berharap kepada yang yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.

Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat.

Kredit Berita : mStar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×