Teka-teki siapa yang bakal mengantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu Anta Permana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34 akhirnya telahpun terjawab. Antara Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong telahpun didendangkan oleh penyanyi lelaki iaitu Bob.
Bagaimanapun, rata-rata peminat memuji dengan kemerduan suara Bob menyampaikan lagu ini dalam versinya tersendiri tanpa meniru gaya penyanyi asal.
Bob mampu menyampaikan dengan baik
https://www.instagram.com/p/B5K0OUZHXso/
Sementara itu, menerusi Instagram milik Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum Bob beraksi menyanyikan lagu Anta Permana, dia turut mendoakan penyanyi lelaki itu membawa lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dengan baik. Malah, Bob turut berterima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana memberinya peluang membawakan lagu ini di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34.
Sama sedap macam penyanyi asal
Anta Permana versi @bobyusof sama sedap macam penyanyi asal @CTNurhaliza11 ??? min bagi 5 bintang ?????????? #sfmm34 pic.twitter.com/QOJ1km9Q3r
— tv3malaysia (@tv3malaysia) November 22, 2019
Rata-rata memuji persembahan vokal dari bekas peserta Akademi Fantasi ini membawa lagu Anta Permana dengan baik sekali. Meskipun aura Anta Permana Siti Nurhaliza tidak dapat disamakan dengan mana-mana penyanyi sekalipun, namun, Bob telah membawa lagu ini dengan versi dna gayanya tersendiri.
Pitch perfect!
Video penuh
Penyanyi dan guru vokal, Adibah Noor turut memuji akan persembahan dari Bob itu. Dia turut memuja akan interpresi dan lontaran vokal yang sempurna disampaikan Bob. Malah, dia turut yakin Siti Nurhaliza akan berasa lega dan bangga dengan kesungguhan penyampaian Anta Permana dari Bob.
Sumber: TV3 Malaysia, CTDK