berita

Kemudahan Tempat Mandi & ‘Port’ Layan Movie Percuma Di KLIA2 Yang Ramai Tak Tahu

October 26th, 2018 | by Wan
Travelogue

Jika anda seorang yang sering outstation atau travel ke luar negara, lapangan terbang boleh dikatakan sebagai ‘rumah kedua’ anda. Sampai dah mahir dan tahu di mana ruang rehat, tandas, surau, tempat makan dan beberapa ‘port’ strategik untuk mengecas telefon pintar.

Menerusi group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), seorang ahli group tersebut berkongsi tentang kemudahan bilik mandi di KLIA2 secara percuma. Anehnya, ramai rupanya yang tak tahu tentang kemudahan ini!

Free shower facility

Menurut lelaki itu, kemudahan bilik mandi ini sebenarnya terletak di ruang legar antara Gate P & Q selepas anda melalui pemeriksaan imigresen.

Layan movie, sukan

Sementara itu, di ruangan komen berkenaan juga, seorang ahli kumpulan BBM turut berkongsi ‘port’ rahsia Movie Lounge yang sangat selesa. Boleh tengok movie, mengecas telefon pintar dan mandi di tandas yang disediakan di situ. Kaki sukan pula boleh layan sukan kegemaran anda di Sport Lounge

Bagi anda yang mahukan tempat rehat yang lebih selesa dan eksklusif, boleh lah menginap di beberapa tempat penginapan berbayar yang disediakan di KLIA2 antaranya Capsule by Container Hotel, Sama Hotel & Lounge dan Plaza Premium Lounge.

Sumber: BBM

SKIP THIS AD ×