Kematian secara tiba-tiba apatah lagi membabitkan seseorang yang masih muda belia pasti mengejutkan ramai. Namun, ajal maut tiada siapa yang dapat mengelaknya. Kemalangan menimpa penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Amin Faiz Nohani turut meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan rakan yang mengenali arwah.
Menuju ke UPM
Arwah ditimpa kemalangan di KM240 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur (susur Pedas/Linggi) dipercayai terbabas sendirian. Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah ke kampus UPM di Serdang.
Sempat muat naik Instagram story
Sebelum kejadian berlaku, arwah sempat memuat naik foto motosikalnya di bawah jambatan di tepi jalan dipercayai berhenti rehat untuk seketika. Arwah juga meletakkan kapsyen mengatakan telah 2 kali tertidur (microslee) ketika menunggang kenderaan itu.
Luangkan masa dengan rakan sehari sebelum
Seorang rakan mangsa dikenali Aizam Ai ada memuat pos di Facebooknya meluahkan rasa sedih apabila tidak menyangka Sabtu lalu adalah saat terakhir dia dan rakan lain bertemu arwah yang dikenali 17 tahun lalu.
Rakan tinggalkan ucapan di laman sosial
Sumber: Negeri Sembilan Kini, Instagram Amin Faiz