berita

Terdapat Kesan Lebam Di Badan, Pelajar Tahfiz Berusia 7 Tahun Maut Dipukul

November 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Seorang pelajar lelaki di sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh meninggal dunia dipercayai dipukul rakan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, semalam. Mangsa, Muhammad Aimin Nurul Amin berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk terima rawatan.

Ditemukan dalam keadaan lemah

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/413565179321485/?__xts__[0]=68.ARD6vvAM8ELjaQnoJKaDcN0Y4sTlX-_VNadb_QUzgIlFPGpGHm5yDMh-TlzD6isZKL1hrJ7VBQj0nEtj_NkyKK_f-zSKjv3CVmo0Rs9YYE3YnPxft2kGNZWpJPo4XooWkJdiMX6PpdCCbhxjpXrgASurBsTXcwHa9PFCfaNA3rs8zXIExyJAYnb6bpu_F_RnfG7g_GuFZHJjc8lb11TM39sgoD7yiQvcvcPQlimXMlBLeHCvafd0whnNoTQnaae4nhtW3hZFvnO5XaUU4TdLZ6e841EzVCVr_TYjLF7P25N-HLh2mDNivG-KHBdsXOTsKHtFEPqYCVSK4corKXivfgBpnYnQ91qM_ojc5g&__tn__=-R

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata mangsa berusia 7 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah di pusat tahfiz tersebut dan terdapat kesan lebam di bahagian sebelah kiri, bahagian pinggang, bahu dan luka di bahagian bibir.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah membuat penahanan ke atas ketiga suspek lelaki yang tinggal bersama mangsa di dalam asrama tersebut. Motif kejadian dipercayai adalah tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa sepanjang berada di asrama berkenaan.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa. Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut.

Tambahnya lagi, pusat maahad tersebut beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3, Metro

SKIP THIS AD ×