berita

Terganggu & Gelisah Dengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Lelaki Cuba Tikam Imam Surau

December 18th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang tinggal berdekatan dengan surau Baitulhuda, Indonesia cuba untuk menyerang imam dengan sebilah pisau.

Artikel Berkaitan: Sering Difitnah & Diburukkan Di Depan Rakan, Lelaki Bunuh Bekas Kekasih Dengan Kejam!

Artikel Berkaitan: Suami Isteri Warga Emas Mati Ditikam Anak Kandung, Terbaring Di Ruang Tamu Rumah

Terganggu

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Kumparan News, kejadian tersebut berlaku disebabkan suspek terganggu mendengar bunyi bacaan ayat suci Al-Quran daripada surau tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kramat Jati, Kompol Rusit Malaka, suspek segera mengambil pisau di dapur dan menunggu mangsa di hadapan surau.

Suspek berjumpa mangsa di hadapan surau Baitulhuda dan apabila bertemu, suspek berkata, ‘Awak imam ke?’

Mangsa menjawab ‘ya’. Suspek kemudian segera mengeluarkan pisau yang disimpannya dan mengacukan ke arah mangsa.

Walau bagaimanapun, mangsa sempat mengelak daripada diserang oleh penganggur terbabit. Dia kemudian menjerit meminta pertolongan penduduk untuk datang ke lokasi dan menahan suspek.

Selepas disoal siasat polis, suspek mengakui berasa cemas apabila mendengar suara mangsa mengimamkan solat dan mengaji al-Quran di dalam surau.

Bukan itu saja, dia juga turut mengaku berniat untuk mencederakan mangsa selepas merasai keresahan itu.

Suspek mengaku berniat untuk mencederakan mangsa dengan alasan apabila mendengar bunyi bacaan mangsa mengimamkan solat, suspek berasa resah dan gelisah.

Kini, suspek ditahan di Polis Kramat Jati, namun pihak polis masih belum dapat memberikan tindakan undang-undang lanjut terhadapnya kerana masih perlu memastikan keadaan mental suspek.

Sumber: Kumparan News

SKIP THIS AD ×