Doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita. Lebih mengejutkan, bungkusan tersebut sudah lama di hantar di klinik isterinya, Dr Azura namun baru tergerak hati untuk membukanya. Alamak!
Artikel berkaitan: ‘2023 & I Am Broken’ – Dr Say
Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Mengaku sebagai isteri
Sebelum ni saya bersungguh-sungguh bagi nasihat perhubungan tapi saya hanyalah manusai biasa yang tak lari dari mempunyai nafsu, mahu cuba someone new, mahu rasa butterflies pabila baru bercinta.
Kisahnya hari ini bini terima satu bungkusan dengan nama saya di klinik. Sebenarnya dah agak lama bungkusan tu sampai tapi arini baru tergerak hati bini nak buka bungkusan tu.
Menurut Dr Say, wanita itu telah memberinya sejambak bunga ros, anak patung, belon dan coklat kegemarannya beserta kad ucapan.
Apa yang mengejutkan adalah wanita tersebut turut meluahkan rasa rindu dan mengaku bahawa dirinya sebagai isteri Dr Say. Siap beri gambar lagi!
Luaran bungkusan cukup special, ada belon “I Love You”. Bila bini buka bungkusan tu ada bunga ros yang separa layu, teddy bear dan coklat favourite saya & rasanya favourite semua orang di dunia yakni Ferero Rocher. Di samping tu ada sekeping kad yang luarannya tulis February Bloom.
Pabila kad February Bloom itu dibuka, saya kantoi teruk peeps!. Dalam kad tertulis To Dr Say Shazril, I miss you hubby, Selamat menyambut Ramadan kareem, from your wife Ayu disertakan sekali gambarnya di tepi, cukup manis orangnya.
Berikutan itu, Dr Say menyatakan bahawa slot poligami dalam rumah tangganya telah di ambil semua oleh isterinya Dr Azura.
Sumber: Dr Say