berita

Terima Kritikan Dari Seluruh Dunia, Sultan Brunei Pulangkan Semula Ijazah Oxford

May 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Keputusan pemerintah Brunei untuk mengambil langkah melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam kepada penzina dan pesalah hubungan sejenis sejak April lalu ternyata tidak berhasil. Ini kerana, wujudnya banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Selain salah faham, langkah pelaksanaan hukum tersebut mendapat pelbagai kritikan daripada masyarakat antarabangsa terutamanya daripada selebriti Hollywood seperti George Clooney dan Elton John. Terbaru, rentetan daripada isu tersebut, Sultan Brunei telah memulangkan semula ijazah Oxfordnya.

Membatalkan penganugerahan

Menerusi laporan Sinar Harian, Sultan Hassanal Bolkiah telah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford, Britain selepas mendapat kritikan yang hebat daripada seluruh dunia. Ijazah kehormat undang-undang yang dianugerahkan pada tahun 1993 itu diserahkan semula pada 6 Mei setelah hampir 120,000 orang menandatangani petisyen pada April lalu.

Walaupun digesa untuk membatalkan penganugerahan tersebut, pihak Universiti Oxford masih meneliti semula keputusan penganugerahan yang diterima oleh Sultan Brunei.

Diboikot orang ramai

Terdahulu, beberapa hotel milik Sultan Brunei di serata dunia mula diboikot orang ramai. Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan terkenal Virgin Airlines membatalkan perjanjian perjalanan kakitangan dengan Royal Brunei Airlines sebagai tindak balas terhadap penguat kuasaan undang-undang syariah di Brunei.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×