Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob baru-baru ini dilihat sering berkongsi pendapat bersama pengikutnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepakat Berpisah, Tiada Persefahaman Lagi
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Pilih Kunci Mulut
Respon Raf
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob dilihat sedang berinteraksi bersama pengikutnya dan menjawab persoalan mereka.
Macam mana nak tahu kalau kita patut atau teruskan atau tidak perhubungan itu? Ianya 50/50.
Raf kemudian menjawab pertanyaan tersebut dengan memberikan pendapat bahawa setiap individu perlu menilai sendiri adakah perhubungan mereka berbaloi atau tidak untuk dikekalkan.
Kalau awak rasa perhubungan itu berbaloi untuk dipertahankan, jadi berjuanglah semampu mungkin tetapi kalau awak rasa perhubungan itu tak berbaloi jadi lebih baik tinggalkan dan teruskan kehidupan.
Dalam pada itu, Raf mencadangkan antara cara lain untuk meneruskan kehidupan adalah dengan membuatkan diri mereka sibuk.
Terima sahaja seadanya mungkin Allah tahu apa yang terbaik untuk awak.
Tips move on bagi saya adalah buatkan diri awak sibuk iaitu dengan buat duit.
Pada November lalu, Mawar mengumumkan bahawa dia dan Raf akhirnya berpisah selepas hampir tujuh tahun berkahwin.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Sumber: IG Raf Yaakob