berita

Terima Sambutan Luar Biasa, Webinar Kool Kembali Lagi Dengan Pelbagai Topik Menarik!

February 18th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Kool FM

Selaras dengan sambutan yang menggalakkan daripada pendengar Kool FM terhadap Webinar Kool edisi 2020, Kool FM bakal kembali dengan Webinar Kool bagi edisi 2021 dengan kaedah penstriman langsung.

Artikel berkaitan: Tampil Lebih Matang, Webinar Kool FM Dekati Pendengar Secara Atas Talian

Seperti Webinar Kool sebelum ini, seminar dalam talian ini memfokuskan interaksi dua hala di antara panel jemputan dengan penonton yang akan membincangkan topik-topik menarik berpandukan bidang kepakaran masing-masing.

Topik menarik

Foto: Kool FM

Webinar Kool telah mula bersiaran pada hari Khamis lalu, 11 Februari 2021 dengan membawakan topik berkaitan perceraian bersama panel-panel jemputan yang hebat antaranya Nurul Wahab Depp, Syarifah Aleya dan ramai lagi pakar yang berkenaan.

Webinar Kool kali ini akan diadakan setiap bulan dan webinar seterusnya akan dijalankan pada 25 Februari, 11 dan 25 Mac serta 15 April 2021. Membawakan pelbagai topik menarik antaranya Home schooling, perihal susu anak-anak, permasalahan kewangan dan banyak lagi. Panel-panel jemputan yang akan turut menjayakan Webinar kali ini antaranya Datin Lisa Surihani, Dato’ Fazley Yaacob, Dynaz Mokhtar dan ramai lagi panel profesional yang lain.

Nantikan Webinar seterusnya

Bercakap mengenai penganjuran Webinar Kool pada tahun ini, Shah Hayatudin, Ketua Audiens Melayu, Kool FM berkata, Kool FM akan membicarakan topik-topik yang relevan dalam kehidupan seharian pendengar.

Walaupun terdapat penyertaan selebriti, kita tetap akan membicarakan topik-topik yang relevan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, semua pihak akan mendapat ilmu dan manfaat bersama daripada topik yang dibincangkan. Kool FM telah merancang pelbagai topik untuk dibincangkan sepanjang 2021 ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Webinar Kool ini.

Penyertaan Webinar Kool kali ini masih menggunakan mekanisma yang sama iaitu pendengar perlu mengikuti, memberikan tanda suka pada Facebook Kool FM dan ianya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Penonton yang bertuah juga bakal memenangi wang tunai sepanjang Webinar Kool ini berlangsung.

Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk menyertai Webinar Kool kerana pelbagai intipati dan manfaat yang akan perolehi walaupun di mana sahaja anda berada dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba mereka.

Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar) dan FM104.3 (Kuching). Dengarkan juga di MyTV menerusi saluran 722, aplikasi JOOX atau secara streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV. Terlepas dengarkan Kool FM boleh strim semula di Catch Up Kool FM.

Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi:

Facebook : Kool FM | Instagram : @koolfmmy | Twitter : @koolfmmy | YouTube : Kool TV

SKIP THIS AD ×