berita

Terima Teguran Netizen, Instafamous Akui Khilaf & Mohon Maaf

May 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, nama usahawan muda dan Instafamous iaitu Hafiz Mahamad menjadi bualan netizen apabila sebuah video yang dikongsi melalui sosial media memperlihatkan dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, pihak polis telah melakukan siasatan dan mengenakan kompaun sebanyak RM1,500 kepada instafamous itu.

Artikel berkaitan: Instafamous Buat Video Dengan Polis Dah Kena Kompaun

Terbaharu, Hafiz Mahamad tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya. Dia bagaimanapun reda dengan tindakan pihak berkuasa dan akan menerima baik teguran orang ramai terhadapnya.

Itu khilaf saya

Hafiz berkata dia telah memberi kerjasama dengan pihak polis susulan video yang tular termasuk rakaman video memberi bonus kepada pekerjanya di pejabat. Malah, video tersebut dikatakan tidak mematuhi SOP apabila terlihat beberapa orang pekerja didakwa berpelukan sesama mereka.

Kebelakangan ini banyak masa tidur saya terganggu sikit. Minggu ni saya banyak habiskan masa di balai polis. Saya banyak buat silap sebenarnya. Saya cuba kongsi benda yang bermanfaat tapi di waktu Covid-19 ni banyak benda yang buruk dari yang baik. Sebagai contoh SOP, pakai mask dan sebagainya.

Itu khilaf saya. Saya dah jelaskan kepada pihak polis dan saya terima benda tu. Dalam situasi itu saya kena fikir banyak pihak. Saya terima apa saja salah saya. Sejujurnya, saya tak marah sesiapa sebab itu kesilapan saya. Doakan saya terus kuat. Bukan cara saya untuk naikkan marketing dengan itu,

Banyak perkara buruk dari yang baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Selain itu, Hafiz turut berterima kasih kepada pihak polis atas kerjasama dan layanan yang diberikan mereka sepanjang siasatan berlaku. Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menegur dan menyedari kesalahan dilakukannya yang disifatkan tidak sensitif sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

Sumber: Hafiz Mahamad

SKIP THIS AD ×