berita

Terima Teguran Netizen, Julia Farhana Cuba Perbaiki Diri – ‘Saya Hargai Semuanya, Ilmu Agama Jauh Dari Sempurna’

February 11th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas mengaku membela seekor anjing yang diberi nama Julio, pelakon Julia Farhana dikritik dan dihentam teruk oleh netizen.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Anjing Tunggu Depan Pintu Bilik, Julia Farhana Bela?

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tak Langgar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih – ‘Kami Tak Pernah Bersentuhan & Julio Bukan Jenis Air Liur Meleleh’

Tak cakap bela anjing betul

Menerusi hantaran di Instagram, Julia menyatakan dia menerima setiap teguran daripada semua pihak dengan hati terbuka. Kata Julia, 27, dia tidak menekankan tindakannya memelihara anjing itu betul.

Saya tidak cuba untuk memberi alasan kukuh tentang tindakan saya. Saya tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu betul. Jauh sekali.

Saya terima semua teguran baik dengan hati terbuka, saya reflect balik dan cuba sebaik mungkin untuk jaga hati semua pihak. Bukankah Julio berhak mendapat peluang hidup yang sama?

Bercerita keadaan Julio ketika dijumpai, pemilik nama Julia Farhana Marin berkata anjing tersebut masih kecil, dalam keadaan kotor dan mengalami masalah kulit.

Saya menyelamatkannya ketika dia masih kecil dan kotor pada ketika itu, dia ada masalah kulit yang serius. Tetapi sekarang, dia membesar menjadi anjing yang comel, penyayang dan semakin sihat.

Saya memilih untuk melakukan yang terbaik untuk anjing terbiar pada masa itu. Jika saya boleh menyelamatkan setiap makhluk di planet ini, saya akan melakukannya.

Ilmu agama jauh dari sempurna

Biarpun kecaman yang diterima sangat pedih, pelakon drama Melankolia tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada netizen kerana faham situasi tersebut agak membingungkan.

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Asia Peace Film Festival 2017, dia akan memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik di masa depan.

Untuk public figures yang keluarkan kenyataan, ulasan tanpa menghubungi saya, tanpa memahami situasi sebenar dan terus menghukum saya dan keluarga, ia sangat menyakitkan hati saya. Tapi saya terima kerana cara situasi digambarkan sangat mengelirukan.

Saya akan renungkan situasi ini, tidak dinafikan ilmu agama saya jauh dari sempurna. Terima kasih semua untuk teguran yang baik, saya cuba perbaiki apa yang saya mampu. Terima kasih terutama kepada mereka yang baik hati dan penyayang. Saya hargai semuanya.

Saya tinggalkan penjelasan ini di sini untuk mereka yang sudi bersikap terbuka, yang ingin memahami serta mempunyai belas kasihan terhadap makhluk yang tidak berbahaya, tidak salah untuk disayangi, dihormati dan dijaga seperti orang lain di luar sana.

Sumber: Instagram @juliafarhanamarin

SKIP THIS AD ×