berita

Terima Tekanan ‘Tangan Ghaib’, Ahmad Idham Mengaku Hantar Surat Minta Tamat Kontrak

December 10th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Pengarah dan penerbit popular, Ahmad Idham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada awal bulan tahun ini. Malah, perlantikan yang berkuatkuasan dalam tempoh dua tahun itu telah menimbulkan spekulasi terhadap kemampuan CEO Finas ini.

Terbaru, keputusa Ahmad Idham untuk menamatkan kontrak lebih awal mengejutkan ramai pihak. Bagaimanapun, CEO Finas ini enggan mengulas lanjut motif menghantar surat permohonan menamatkan kontrak lebih awal atas dakwaan terima tekanan dari pihak tertentu.

Saya ada hantar surat

Menurut laporan Metro, Ahmad Idham telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional pada 10 Mac 2019 dan perlu menamatkan kontrak pada 10 Mac 2021. Dia turut mendedahkan keputusan menghantar surat permohonan penamatan kontrak lebih awal kepada pihak Finas, tempoh hari.

Betul, saya ada hantar surat mahu menamatkan kontrak lebih awal, tetapi keputusan itu diambil selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Banyak perubahan positif yang dilakukan

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo akan meneliti secara terperinci terhadap keputusan CEO Finas itu yang disifatkan tidak adil kerana dikatakan akibat menerima tekanan pihak tertentu.

Buat pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan, hampir semua persatuan hiburan mahu ‘mendesak’ menteri mendengar suara mereka. Mereka mahu menteri mendengar suara industri, bukan daripada pihak ketiga yang pastinya mempunyai agenda tersendiri.

Kenapa menteri tidak selidik betul-betul sebelum bersetuju dengan keputusan menurunkan Ahmad Idham? Selama dia berada di kerusi itu, banyak perubahan positif yang berlaku dalam tempoh tiga bulan.

Malah, rata-rata penggiat seni sangat berpuas hati dengan gerak kerja Ahmad Idham yang mengambil kira kebajikan artis dan industri hiburan tempatan termasuk kebajikan artis dan penambahbaikan industri hiburan melalui pelbagai latihan untuk penggiat industri.

Sumber: Metro, Star Online

×