berita

Terkejut 204 Orang Petugas PPV Positif Covid-19, Netizen Gesa Kerajaan Perbanyakkan Cucuk Vaksin Pandu Lalu

July 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor akan ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut. Tambah beliau, 204 orang petugas didapati positif Covid-19 setakat ini.

Artikel berkaitan: ‘204 Orang Petugas Di IDCC Shah Alam Positif Covid-19’ – Khairy Jamaluddin

Artikel berkaitan: PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini Susulan Kes Positif

Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa gusar selepas mendapat tahu mengenai berita tersebut. Malah, mereka turut memberi beberapa cadangan kepada pihak kerajaan agar perkara tersebut tidak berlaku lagi.

Buat vaksin pandu lalu

Menurut netizen, pihak kerajaan seharusnya menyediakan lebih banyak PPV secara pandu lalu buat mereka yang bakal dan belum mengambil vaksin lagi. Tambah netizen, selain golongan kelainan upaya (OKU) dan warga emas, orang awam juga layak mendapat vaksin menerusi cara tersebut. Ini kerana, kebarangkalian untuk wabak Covid-19 merebak sangatlah tipis jika dibandingkan dengan situasi semasa.

Di samping itu, netizen memberi cadangan supaya kesemua sukarelawan mendapat vaksin terlebih dahulu sebelum turun padang membantu staf-staf Kementerian Kesihatan yang lain. Pemeriksaan lebih kerap terhadap staf dan sukarelawan juga perlu dilakukan setiap hari oleh KKM bagi mengelakkan situasi tersebut berulang kembali.

Buat penilaian kendiri

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberitahu bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk menambah lagi jumlah PPV menggunakan kaedah pandu lalu itu.

Memang kita bercadang untuk memperbanyakkan lagi, sekarang ini Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras sudah ada dan di daerah Kinta ini juga akan dibuat. Kaedah ini adalah baik dan lebih menyenangkan, jadi saya percaya selepas ini akan lebih banyak lagi PPV pandu lalu di setiap negeri.

Tambah beliau, kaedah tersebut selari dengan negara yang akan menerima ketibaan lebih banyak vaksin pada bulan ini terutama bagi Sinovac dan Pfizer. Sementara itu, orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu diminta untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×