Sekadar gambar hiasan
Baru sahaja sebulan mendirikan rumah tangga, rumah tangga pasangan ini musnah selepas seorang lelaki di Mesir bertindak menceraikan isterinya.
Artikel Berkaitan: Isteri Tak Suka Mandi, Suami Nekad Ceraikan Talak 3
Artikel Berkaitan: Isu ‘Housewife’ Depresi, Peguam Syarie Dedah Ramai Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan
Dakwa diri ditipu
Memetik laporan akhbar Gulf News, lelaki itu memfailkan tuntutan mahkamah selepas berasa kecewa melihat wajah wanita itu tanpa solekan.
Menurut lelaki itu, dia terkejut selepas melihat wajah isterinya tanpa secalit solekan sejurus usai majlis pernikahan mereka. Katanya kepada mahkamah, dia berasa tertipu kerana sebelum ini isterinya tidak pernah menunjukkan wajah yang sebenar kerana sering mengenakan solekan yang tebal.
Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia sering mengenakan solekan yang tebal. Dia langsung tidak cantik tanpa solekan.
Kenal di Facebook
Menceritakan detik perkenalan, lelaki tersebut menyatakan dia berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Facebook di mana isterinya itu kerap memuat naik fotonya yang disolek cantik.
Selepas beberapa kali mereka bertemu, lelaki itu memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Saya lihat gambar-gambarnya di Facebook, dia nampak sangat berbeza dengan wajah tanpa solekan. Saya rasa tertipu dan mahu menceraikannya.
Sumber: Gulf News