Usaha mencari dan menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong bertukat tragedi apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas.
6 Terkorban
Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.
Kesemua pegawai tersebut bagaimanapun berjaya dinaikkan ke atas sebelum menerima bantuan daripada pasukan perubatan namun kesemuanya disahkan meninggal.
Mangsa belum dijumpai dan terdapat enam orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.
Mereka berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan perubatan yang berada di lokasi memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Tetapi, kesemua enam orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia.
Senarai anggota yang ditemui lemas:
ANGGOTA PPDA PELABUHAN KLANG:
Mohd Fatah Bin Hashim
Izatul Akma Bin Wan Ibrahim
Mazlan Bin Omarbaki
Yahya Bin Ali
ANGGOTA PPDA SHAH ALAM :
Adnan Bin Othman
Muhammad Hifdzul Malik Bin Shaari
Sumber: Berita Harian