berita

Terkini : Jaclyn Victor Sudah Berkahwin, Rahsiakan Kerana Mahu Privasi

August 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_4746

Korang ingat lagi tak beberapa bulan lepas, pelantun lagu ‘Bertamu Dikalbu’, Jaclyn Victor ada mengumumkan ingin berkahwin, namun terpaksa menyimpan rahsia tersebut demi menghormati tragedi MH370.

Artikel Berkaitan : Jaclyn Victor Umum Mahu Berkahwin, Terpaksa Simpan Rahsia Demi Hormati Peristiwa #MH370

Hari ini, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kami dengar, penyanyi bersuara lantang ini telahpun mengumumkan dia sebenarnya sudah berkahwin pada 19 Julai lalu.

Terkejut kan? Rupa-rupanya, Jac memilih untuk berkahwin secara rahsia dengan seorang penyanyi juga. Jejaka bertuah itu ialah anggota kumpulan R’n’B terkenal, AZ Yet iaitu Shawn Rivera.

Screen Shot 2014-08-12 at 4.36.55 PM

Jac ketika mengumumkan dia sudahpun berkahwin!

Menurut laporan Media Hiburan, Jac memberitahu majlis perkahwinannya dibuat di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Perkenalan kami telah bermula sejak lebih setahun yang lalu. Namun, Shawn memberanikan diri melamar saya pada bulan Ogos tahun lepas. Saya terus bersetuju untuk menerima lamarannya.

Saya tidak berniat untuk menyembunyikan tentang perkara ini tetapi saya sukakan privasi. Walaupun berjauhan, namun kami tidak lupa berhubung setiap hari melalui panggilan telefon.

Emm, mungkin ada peminat yang hampa kerana tak dapat melihat majlis perkahwinan Jac kan? Tak apalah, yang penting Jac sudahpun berkahwin.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Jac dan pasangan. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina akan kekal buat selama-lamanya.

P/S: Bila Jac nak kongsi foto perkahwinannya ya?

 

SKIP THIS AD ×