berita

Terlihat Lambaian Terakhir Tangan Mangsa, Saksi Tragedi Feri Triso Trauma

January 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Betong Sarawak, sembilan nyawa dari sebuah keluarga terkorban apabila sebuah kenderaan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di pangkalan feri Triso. Insiden tersebut berlaku pada hari Jumaat lalu, jam sekitar 3.14 petang. Difahamkan kesemua mangsa mempunyai talian persaudaraan itu dari Sibu ke Kuching.

Artikel berkaitan: Rakaman Detik Cemas 9 Sekeluarga Maut Kereta Terjatuh Dalam Sungai Sarawak

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Kurmi Denan merupakan seorang pemandu feri tersebut menceritakan detik cemas melibatkan sembilan individu itu.

Saksi trauma

Memetik laporan Harian Metro, Kurmi Denan trauma apabila terkenangkan nasib malang yang ditimpa sembilan mangsa tersebut. Dia sendiri menyaksikan kenderaan yang dinaiki mereka itu terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar.

Saya tak tidur semalaman kerana trauma apabila mengenang tragedi meragut nyawa sembilan sekeluarga itu. Sejurus melihat kenderaan terbabit berada di permukaan air, saya serta segera berpatah balik dalam usaha untuk menyelamatkan kenderaan yang masih terapung itu.

Saksi kejadian kemalangan

Sebelum kejadian, Kurmi hairan apabila menyaksikan kenderaan tersebut bergerak secara tiba-tiba menuruni platform dan terus menuju ke sungai sedangkan feri sudah mula bergerak menuju ke pangkalan feri Sebuya.

Kenderaan itu terus tenggelam dan apa yang membuatkan saya masih trauma apabila ternampak lambaian terakhir tangan mangsa.

Ada yang melemparkan tuduhan mengatakan kenderaan pacuan empat roda itu diarahkan berundur keluar dari feri. Itu tidak benar dan netizen tidak wajar berkongsi berita yang tidak sahih bagi menghormati keluarga mangsa.

Sumber: Harian Metro, Datuk Jahat Hensem

SKIP THIS AD ×