berita

Terokai Alam Semula Jadi Bertaraf Dunia, Pantai & Pelbagai Aktiviti Cool Di Australia!

June 28th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Setelah dua tahun lamanya terperap dalam rumah, akhirnya kaki melancong kini dibenarkan untuk pergi bercuti ke luar negara. Yeayyy!

Siapa yang dah lama nak bercuti ke Australia tu, inilah masanya untuk korang rebut peluang yang ada, dengan pelbagai pakej pelancongan Australia mampu milik tau.

Risau harga tiket mahal? Jangan pening-pening, dengan Malaysia Airlines tiada apa yang mustahil. Menarik kan!

Haa…excited tak? Kalau macam tu, apa tunggu lagi cepat list kan aktiviti dan destinasi menarik yang korang nak pergi.

PERTH-fect Vacation dengan Malaysia Airlines!

Macam yang kita tahu, Malaysia Airlines sentiasa buat promosi percutian lebih jimat dan seronok. Kali ini lagi hebat, mereka nak bagi promosi penerbangan kaw kaw untuk korang semua. Wow!

Surprise! Ada diskaun tiket flight la korang, mereka menawarkan harga tiket yang tidak masuk akal ke Australia!

Mana nak jumpa promosi ni kat tempat lain, hanya dengan Malaysia Airlines je korang boleh rasa semua ni.

Antara destinasi yang ditawarkan ialah :

Perth

  • Bermula dari RM2,099 (Kelas Ekonomi), RM7,099 (Kelas Perniagaan)

Adelaide

  • Bermula dari RM2,699 (Kelas Ekonomi), RM9,299 (Kelas Perniagaan)

Sydney

  • Bermula dari RM2,799 (Kelas Ekonomi), RM8,999 (Kelas Perniagaan)

Melbourne

  • Bermula dari RM2,799 (Kelas Ekonomi), RM9,399 (Kelas Perniagaan)

Brisbane

  • Bermula dari RM2,799 (Kelas Ekonomi), RM9,599 (Kelas Perniagaan)

Perkara penting yang perlu diketahui sebelum ke Australia

Apa yang ada kat Australia? Haa..terkenal dengan pantai berpasir, sinar matahari dan marsupial, Australia adalah salah satu negara yang wajib dikunjungi.

Sebenarnya, banyak lagi benda yang akan membuatkan korang terkejut bila berkunjung ke Australia tau. Antaranya, hutan hujan yang subur dengan flora dan fauna yang luar biasa, dua tapak fosil yang paling menarik di dunia, muzium yang bertaraf dunia dan banyak lagi.

Untuk yang muslim tu, jangan risau sebab kat sana nanti banyak makanan dan minuman yang sedap dan yang penting halalan toyyiban. Korang akan merasai pengalaman mesra muslim yang terbaik.

Sejak Australia membuka sempadannya, Immigresen Australia telah menerima kemasukan permohonan VISA yang banyak sehingga menyebabkan pemohon perlu menunggu sedikit lama.

Disebabkan Australia ni tiada dalam senarai yang tidak memerlukan VISA, maka dengan itu, mari la buat VISA untuk bercuti di Australia ni. Oleh itu, Tourism Australia menasihatkan agar korang cepat-cepat mohon VISA terlebih dahulu sebelum tempah tiket penerbangan.

Fuhh…punyalah ramai yang nak melancong ke sana kan, jadi korang kena lah buat perancangan awal-awal supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Sebab apa kena melancong ke Australia!

Sebut sahaja Australia, apa yang korang bayangkan? Pantai? Kanggaru? Beruang koala?. Australia merupakan pulau yang terbesar terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dan akan menyajikan pelbagai tarikan alam semulajadi yang sangat epik!

Australia merupakan negara empat musim dan setiap musim menawarkan pengalaman pengembaraan yang cukup unik. Dari cuaca panas hingga menyejukkan, kesemuanya menjanjikan keajaiban yang tersendiri.

Australia memang terkenal dengan pantai yang memukau dan terbentang luas. Percutian yang sempurna buat setiap pelancong, dari keluarga, pasangan mahupun bersama rakan-rakan.

Cuba korang pejam mata dan bayangkan korang tengah menerokai pantai di Sydney yang cukup cantik, sering menjadi tumpuan aktiviti renang bersama keluarga dan sukan luncur. Fuhh memang best!

Bukan itu je, aktiviti lain yang harus dilakukan di pelbagai lokasi indah di Australia adalah berjalan-jalan atau bersantai menikmati kehijauan alam semula jadi.

Banyak taman negara dibuka untuk pencinta alam semula jadi, korang boleh menghabiskan masa sepanjang minggu di kawasan yang cukup luas dan terpelihara.

Tak sah lah, kalau melancong ke Australia tak tengok kanggaru dan beruang koala dengan mata kepala sendiri kan? Kenali hidupan liar yang menarik di Australia dengan lebih mendalam di Zoo Wild Life Sydney!

Di sini, korang boleh menemui beberapa spesies haiwan paling unik dan luar biasa yang tidak boleh ditemui di tempat lain seperti beruang koala, kanggaru, Wombats, Kasuari, Scrub Python dan banyak lagi haiwan asli pulau Australia yang telah diasingkan selama lebih daripada 100 juta tahun.

Australia benar-benar mempunyai sesuatu untuk semua orang!

Tunggu apa lagi, cepat tempah tiket penerbangan korang ke Australia dengan Malaysia Airlines sekarang, confirm tak menyesal. Tak sabarnya nak travel ke Australia!

Promosi ini berlangsung dari sekarang hingga 31 Julai 2022, manakala tempoh penerbangan korang bermula dari sekarang hingga 30 April 2023.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Malaysia Airlines atau ke laman sosial Facebook dan Instagram mereka.

SKIP THIS AD ×