berita

Terpaksa Tidur Di Lokap Sebab Tolong Orang, Yassin Kongsi Punca Di Tahan Polis

August 7th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Bekas pelawak kumpulan Senario, Yassin Yahya telah ditahan pihak polis pada 26 Jun 2019 di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras. Dalam penahanan tersebut, pihak polis berjaya menahan pelawak senior ini bersama seorang lelaki dan wanita dalam lingkuan 30-an di lobi hotel terbabit.

Akhirnya, Yassin buka mulut menafikan ditahan disebabkan pergaduhan tetapi bagi membantu seorang lelaki yang sesak nafas.

Lelaki semput terbaring atas lantai

Foto viral sebelum ini

Yassin kongsi kisah sebelum dirinya ditahan pihak polis setelah berlaku kekecohan di lobi hotel. Kejadian berlaku semasa pelawak itu berada di salah sebuah kedai makan berdekatan dan mendapat panggilan telefon dari isterinya.

Waktu itu saya tengah makan di sebuah kedai mamak. Kemudian isteri saya telefon ada kekecohan berlaku di hotel. Ketika saya sampai, saya terlihat seorang lelaki sedang semput terbaring di atas lantai.

Kemudian dia meminta saya memanggil teman wanitanya yang berada di lobi hotel. Tapi wanita itu tak pedulikan dia.

Tidak ada kena mengena dengan saya

Saya naik semula ke atas dan dia minta saya memberikan bantuan penafasan. Bila keadaan dia sudah stabil, saya balik ke bilik dan bersiap untuk ke majlis terbuka.

Ketika saya hendak keluar dari lobi, pihak polis sampai dan mereka menahan saya.

Bagaimanapun, Yassin turut menegaskan berlakunya salah faham pada kejadian malam tersebut. Malah, pelawak ini turut menafikan mengenali dua individu yang ditahan bersamanya susulan pergaduhan itu.

Pada asalnya mereka bergaduh berdua sahaja. Tiada kena mengena dengan saya. Cuma saya ditahan terlibat dengan beberapa kes lampau.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×