berita

‘Terpaksa Tolak Duduk Rumah Flat, Cucu Ramai’ – Isteri Pak Aq

April 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kedah, kisah kehidupan seorang pesakit strok, Ishak Darus atau dikenali sebagai Pak Aq kembali menjadi isu hangat di media sosial sejak semalam. Walau bagaimanapun, warga emas berusia 77 tahun itu berjaya keluar daripada kediaman yang didiami selepas dipujuk oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukannya.

Menerusi laporan Harian Metro, isteri kepada Ishak Darus iaitu Jamaliah bersyukur dapat mendiami rumah baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Terima kasih

Menurut Jamaliah, ucapan terima kasih sahaja yang mampu diucapkan olehnya buat Ustaz Ebit kerana membantu mereka sekeluarga. Tambahnya, mereka lebih selesa tinggal di kediaman baru di Lorong Fajar, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah. Di samping itu, dia turut memaklumkan rumah baru yang didiami itu lengkap dengan kemudahan air dan elektrik.

Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini. Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukkan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil.

Bukan tidak berusaha

Mengulas mengenai mengapa mereka enggan berpindah sebelum ini, Jamaliah memberitahu bahawa mereka bukan tidak berusaha mencari rumah yang lebih elok di sekitar bandar raya tersebut. Namun, gagal kerana tidak mampu membayar kadar sewa yang tinggi.

Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai. Malah, kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai.

Memandangkan umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi, Jamaliah memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai persediaan kerana mereka baru sahaja berpindah dan masih memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×