Pelakon remaja Qistina Raisah sekali lagi menjadi bualan apabila ramai warganet mendakwa dirinya matang dari usia kerana cara pemakaiannya.
Berkaitan: Netizen Kecam Pelakon Remaja Guna Aplikasi ‘Dating’ Jumpa Kekasih
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Suka Orang Yang Play Victim’ – Puteri Balqis Enggan ‘Cakap Banyak’
Bersama ibu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri memakai ‘dress’ labuh berwarna merah jambu yang digayakan dengan kasut tumit tinggi.
Di dalam video yang sama juga memaparkan pelakon berusia 14 tahun itu memakai busana tradisional berwarna hitam dan pada akhir video tersebut dia memakai t-shirt serta ‘legging’ berwarna merah jambu.
Dalam masa yang sama, turut kelihatan ibu Qistina yang sentiasa menemaninya.
Reaksi netizen
Bagaimanapun tinjauan OhBulan! di ruangan komen mendapati, rata-rata video tersebut memperoleh pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya ada yang mengkritik dan menegur cara pemakaian pelakon drama Papa Ricky itu yang dikatakan tidak sesuai dengan umurnya yang masih remaja sekolah.
Malah ada yang membandingkan zaman remaja mereka yang dikatakan sangat berbeza dengan zaman Qistina sekarang.
Sementara itu, ada juga warganet yang memuji kecantikan aktres tersebut dan sikapnya yang sentiasa menghargai ibu.
Sumber: TikTok