Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita pertengahan umur di Desa Lembang, Indonesia, ditemui tidak bernyawa dengan menggantung diri di rumahnya.
Artikel Berkaitan: Lelaki OKU Ditemui Mati Tergantung Di Siling Rumah
Artikel Berkaitan: Wanita Gantung Diri Selepas Lemaskan 2 Anak Di Dalam Tab Mandi
Gantung diri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Tribun News, mangsa disyaki menggantung diri disebabkan tidak tahan dengan bebanan hutang yang ada.
Menurut Ketua Polis Banjaran, Pesuruhjaya Heri Suryadi, mangsa yang berusia 51 tahun itu telah membunuh diri sekitar jam 11.00 di rumahnya.
Kejadian ditemui apabila seorang wanita maut menggantung diri menggunakan tali yang diikat pada bumbung rumahnya.
Cucu mangsa yang baru pulang dari sekolah pergi ke rumah mangsa dan melihat sesuatu yang mencurigakan dari tingkap di mana dia ternampak kaki tergantung tetapi tidak dapat dilihat dengan jelas.
Ketika itu rumah dikunci dari dalam, kemudian cucunya cuba menghubungi mangsa, namun tiada jawapan.
Disebabkan itu, dia segera ke rumah jiran sebelah dan mereka mengambil keputusan untuk memecahkan pintu rumahnya.
Selepas dibuka, ternyata mangsa menggantung diri dan sudah tidak bernyawa lagi.
Mereka segera menghubungi penduduk setempat dan memaklumkan kepada suami mangsa sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada Polis Banjaran.
Kami memeriksa dan menjalankan siasatan di tempat kejadian, hasilnya kami tidak menemui sebarang kesan keganasan pada badan mangsa.
Menurut suaminya, mangsa sebelum ini mengadu ada hutang bank yang masih belum dijelaskan. Mangsa juga berhutang dengan seorang pemberi pinjaman individu.
Walau bagaimanapun, mangsa tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut sehingga menyebabkannya menjadi tertekan.
Sumber: Tribun News