Pasangan pengantin baru, Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz semakin mendapat perhatian dalam kalangan netizen. Tidak kiralah apa yang mereka lakukan, pasti ianya menjadi buah mulut ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Bertepuk Tampar’ Dalam Kereta Kabel, Pegang Tangan Tak Lepas, Sweetnya Pengantin Baru!
Artikel Berkaitan: ‘Ada Atau Tiada Tindakan, Itu Saya Handle Sendiri Lah..’ – Neelofa
Artikel Berkaitan:‘Saya Mohon Maaf Kurang Jaga Sensitiviti’ – Neelofa
Terbaru, usahawan dan selebriti terkenal ini mendedahkan bibit percintaannya bersama suami tersayang yang dipercayai telah berputik sejak bulan Ramadan tahun lalu.
Kongsi bibit cinta
Kisah cukup romantik itu diceritakan oleh Neelofa dan Haris menerusi sesi live di Instagram Markaz Tijaari sebelum ianya dikongsikan semula di akaun lofa.haris. Menurut Neelofa, PU Riz telah datang ke rumahnya untuk mendirikan solat tarawih bersama ahli keluarga Neelofa. Namun, selepas selesai menunaikan solat, PU Riz telah tertinggal Al-Quran yang dibawanya bersama di rumah Neelofa. Oleh itu, usahawan terkenal ini mengakui telah menggunakan Al-Quran tersebut untuk kelas tilawahnya.
Inilah Quran yang Haris bawa untuk berterawih dengan kitaorang semua tahun lepas pada bulan Ramadan. Masa cinta mula berputik. Lepas itu, dia pun tertinggal Al-Quran ini dekat rumah I. Lepas tu, I pun kebas Al-Quran ni, I guna untuk kelas tilawah, pakai Quran ni.
Bila Haris nak minta.. Saya cakap tak boleh sebab dah tanda dah, tak payah ambil. So its mine now.
Dengan nama bergurau, Neelofa bertanya kepada suaminya sama ada ikhlas atau pun tidak memberikan Al-Quran tersebut kepadanya. Sambil kedua-duanya ketawa, PU Riz menjawab ‘ikhlas’. Perkongsian bibit cinta pasangan ini telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui momen tersebut sangat ‘sweet’. Di ruangan komen, ramai menitipkan doa berharap agar pasangan ini diberi kebahagiaan dalam rumah tangga serta dapat mewujudkan sebuah sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
Sweetnya!
View this post on Instagram
Sumber: Lofa.haris