Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan memberitahu dia belum merancang untuk menetap sepenuhnya di Singapura bersama suami tercinta.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Biadab! Membab* Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea
Artikel Berkaitan: Amylea Serah Soal Zuriat Kepada Takdir – ‘Ada Atau Tidak, Doakan Saya’
Anggap ada dua rumah
Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Amylea berkata, dia dan suami, Mohammad Aqbar bin Mohamad belum berfikir soal tersebut memandangkan suaminya boleh bersara lebih awal nanti.
Sebenarnya dia boleh bersara lebih awal lagi beberapa tahun. Jadi, memang kami akan fikir sebaik-baiknya. Zaman sekarang ekonomi paling penting. Nak buat pemilihan nak menetap dekat mana buat masa sekarang sangat susah. Sekarang kami tak kisah, saya okay kalau pergi sana (Singapura) dan dia okay kalau nak datang sini (Malaysia).
Saya anggap kami ada dua rumah. Lagipun kerja saya agak fleksibel. Saya ada kelonggaran dari segi masa. Dia pula kerja dengan kerajaan jadi ada shift.
Disoal mengenai bulan Ramadan yang hampir tiba, pelantun suara ‘Kendati’ ini memberitahu dia terlibat dengan beberapa undangan persembahan. Tambah Amylea, dia akan ke Singapura apabila urusan kerjanya sudah selesai.
Bulan puasa saya terlibat dengan kerja. Bila tak ada, saya akan ke sana. Raya pula saya akan berada di sana. Di mana tempat adanya suami saya. Dari segi persiapan semua saya buat dekat sini. Tak ada persiapan sangat pun.
Diminta untuk mengulas mengenai perasaan bakal berpuasa dan beraya sebagai isteri, Amylea mengakui dia berasa sangat teruja.
Dulu kalau boleh pilih warna baju sesuka hati. Sekarang kena bincang. Dia tak cerewet cuma tak biasa nak bergaya. Tapi apa yang saya nampak, dia lebih enjoy dengan fesyen selepas berkahwin. Mula-mula degil, lama-lama dia faham. Walaupun dia sekadar menemani saya pergi majlis.
Pada hujung tahun lalu, Amylea sah bergelar isteri kepada pegawai bomba dari Singapura itu. Dengan sekali lafaz, Amylea dan Mohammad Aqbar atau mesra disapa Ash selamat disatukan.
Dalam majlis secara tertutup, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung dan hantaran bernilai RM8,888. Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.