Foto Kredit: Detik Hot
Kemelut rumah tangga Youtuber, Ria Ricis bersama suaminya, Teuku Ryan nampaknya masih belum selesai sehingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: Suami Dituduh Curang Dengan Pelakon, Ria Ricis Padam Foto Teuku Ryan Di YouTube?
Tak akan buka aib isteri
Menerusi laporan Detik Hot, Ria dan suami dilihat hadir ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah yang melanda bahtera perkahwinan mereka secara tertutup.
Pasangan tersebut dilihat bersalaman malah Ria turut mencium tangan Ryan sebelum perbicaraan bermula. Bukan itu sahaja, mereka berdua dipercayai menangis beberapa kali sepanjang enam jam perbicaraan itu berlangsung.
Di samping itu, Ryan berkata, dia masih berusaha menyelamatkan rumah tangganya sekali gus menyangkal khabar angin mengenai dirinya. Ryan juga berjanji tidak akan membuka aib isterinya kerana Ria adalah ibu kepada anaknya.
Saya mohon doa, saya sudah cuba pertahankan keluarga saya. Saya tidak akan buka aib Ria kerana dia ibu kepada anak saya.
Terdahulu, Ria dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Ryan selepas dua tahun mereka hidup bersama.
Sumber: Detik Hot