berita

‘Thai Hot Guy’ KL Dibatalkan, Polis Beri Amaran Keras Kepada Penganjur

March 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Program ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini telah dibatalkan susulan arahan daripada pihak polis berhubung program tersebut yang dikaitkan dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Artikel Berkaitan: ‘Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

Artikel Berkaitan: Lucinta Luna ‘Suka’ Dengan Aeril Zafrel, Netizen Marah Vida – ‘Kenapa Suka Sangat Promosikan Puak LGBT?’

Polis terima 60 laporan

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menjelaskan bahawa keputusan membatalkan program itu dicapai semasa pertemuan bersama penganjur dan pengurusan premis pada Rabu.

Sehingga pukul empat petang ini, polis telah menerima sebanyak 60 laporan polis bagi membantah penganjuran program tersebut.

Arahan itu dimuktamadkan susulan penerimaan pelbagai reaksi dan kritikan yang tidak menyenangkan serta kecaman hebat daripada pelbagai pihak di negara ini.

Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Susulan itu, pihak penganjur dan pengurusan akur dengan amaran keras yang telah diberi oleh pihak polis agar program itu tidak diteruskan dan dibatalkan.

Pihak polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai agar tidak melaksanakan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×